CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 14, 2012

(Terbaru!) Top 50 Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2012


1
437
Universiti Sains Malaysia
2
449
Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia
3
452
Universiti Teknologi MARA
4
501
Universiti Putra Malaysia
5
528
Universiti Teknologi Malaysia
6
551
University of Malaya
7
1143
Multimedia University
8
1226
International Islamic University of Malaysia
9
1346
Universiti Malaysia Sabah
10
1441
(1) Universiti Utara Malaysia
11
1755
Universiti Malaysia Terengganu
12
1782
Universiti Tenaga Nasional
13
1788
Universiti Teknologi Petronas
14
1856
International Medical University
15
1862
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
16
1985
Universiti Malaysia Perlis
17
2081
Universiti Tunku Abdul Rahman
18
2111
Universiti Sains Islam Malaysia
19
2293
Universiti Pendidikan Sultan Idris
20
2349
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
21
2487
Universiti Malaysia Sarawak
22
2625
Universiti Malaysia Pahang
23
3005
Taylor's University College
24
3078
University of Nottingham Malaysia
25
3614
Open University Malaysia
26
3664
National Defence University of Malaysia
27
3756
Curtin University of Technology Sarawak Campus
28
3893
Al Madinah International University
29
3997
Universiti Kuala Lumpur
30
4125
Tunku Abdul Rahman College
31
4163
Selangor International Islamic University College
32
4499
UCSI University
33
4544
Monash University Malaysia
34
4632
Wawasan Open University
35
4634
Universiti Industri Selangor
36
5086
Help University College
37
5116
KDU College
38
5383
Majlis Peperiksaan Malaysia
39
5628
Universiti Malaysia Kelantan
40
5789
Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
41
5901
Sunway University College
42
6223
Universiti Tun Abdul Razak
43
6360
(1) Insaniah University College
44
6366
New INTI College
45
6391
Malaysia Theological Seminary
46
6807
Malaysia University of Science & Technology
47
6966
Segi College
48
7076
(1) Limkokwing University of Creative Technology
49
7438
KBU International College
50
7870
Malaysian Institute of Management

Sumber : webometrics

Thursday, September 13, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2012-2025


Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP )

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakanlaluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahunberbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.


2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggerisakan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.


3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.


4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.


5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskankompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.


6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.


7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.


8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.


9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta:
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.


10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.


11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.

Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025

Pelajar Dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah-setuju atau tidak.?

 
Picture
Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Begitulah kenyataan yang dibuat Datuk Dr Wee Ka Siong ,Timbalan Menteri Pelajaran. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.Kami melihat ada pro dan kontra dalam perkara ini.Dari satu sudut, isu ini merupakan inisiatif yang baik, dimana dengan adanya telefon bimbit, pelajar-pelajar terbabit dapat menghubungi ibu-bapa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan.Namun, hanya itu sahajalah kebaikannya. Berbanding dengan keburukan, kami berpendapat perkara ini adalah lebih baik sekiranya tidak dilaksanakan.

“It creates more harm than good”

Walaupun penggunaan telefon bimbit diterhadkan hanya pada waktu di luar kelas, kami tetap berpendapat ianya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Isu masalah sosial yang tinggi, disamping dengan penguatkuasaan yang kurang, akan mendorong pelajar-pelajar ini ke arah keburukan. Dari banyak segi, kami tidak nampak mengapa ianya perlu dibenarkan.

Itu belum cerita mengenai video klip 3gp, prono dan sebagainya lagi.Sedangkan pada waktu sekarang, telah ramai pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah secara senyap-senyap dan merakan aktiviti-aktivi yang tidak bermoral, apatah lagi sekiranya penggunaan telefon bimbit dibenarkan kelak.

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.Terlalu banyak negatifnya dengan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.Nanti timbul pula kes kecurian, penyalahgunaan dan sebagainya. Di sekolah masih ada lagi telefon awam.Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, masih ada lagi jalan penyelesaian dan juga guru yang dapat membantu.Namun itu adalah pendapat kami. Apa pula pendapat anda semua? Setujukah anda sekiranya pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013 ini?